fbpx

Sharul Aimy impikan kebangkitan terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHARUL AIMY turut menyasarkan warna pingat lebih baik sama ada perak atau emas pada Sukan Asia 2026.

SELEPAS tiga bulan berehat susulan pembedahan kaki, gimnas negara, Muhammad Sharul Aimy Kamaru Hisam kini sedang merancang kebangkitan terbaik menjelang Kejohanan Dunia di Jakarta, Indonesia pada Oktober ini.

Meskipun belum pulih sepenuhnya, atlet berusia 23 tahun itu tetap positif dengan perkembangan semasa dan menyifatkan dirinya kini berada pada landasan tepat untuk kembali bersaing.

“Kalau nak kata cergas, (baru) dalam 60 ke 70 peratus. Saya ada Kejohanan Dunia pada Oktober nanti, jadi harap sempat sihat, dengan kaki pun boleh lompat seperti biasa,” katanya yang kini menjalani sesi rehabilitasi dan latihan ringan.

Kecederaan dialami ketika beraksi di Piala Dunia Mesir pada April lalu sememangnya satu tamparan besar, namun Sharul Aimy enggan menoleh ke belakang dan mahu kembali dengan lebih kuat.

Lebih penting, Kejohanan Dunia bukan sekadar pentas pemanas badan tetapi juga medan untuk menguji kekuatan menjelang misi utama iaitu Sukan Asia Aichi-Nagoya pada September 2026.

“Kalau boleh nak pertahankan pingat sebab di Sukan Asia sebelum ini (Hangzhou 2022), saya menang gangsa. Mungkin sasaran seterusnya saya nak tukar warna pingat seperti perak atau emas pula,” tambahnya.

Sharul Aimy yang turut meraih gangsa di Kejohanan Gimnastik Asia 2024 menyedari laluan ke podium lebih tinggi bukan mudah, terutama berdepan kuasa besar seperti China, Korea Selatan dan Jepun.

“Ia bukan sesuatu yang mudah kerana negara Asia memang kuat gimnastik. Jadi sasaran untuk tahun ini untuk kembali cergas seperti dulu dan meningkatkan lagi skil saya,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI