fbpx

Pusaran api musnahkan hutan negeri AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUSARAN api melanda kawasan timur hutan Utah, AS. - Foto Fox Weather

WASHINGTON – Kebakaran besar yang melanda kawasan timur hutan negeri Utah, Amerika Syarikat (AS) pada hujung minggu lalu telah mencetuskan ‘firenado’ atau pusaran api, lapor laman berita Fox News semalam.

Fenomena campuran angin dan api yang menakutkan serta jarang berlaku itu menyebabkan sebuah rumah serta beberapa bangunan lain rosak teruk.

Kebakaran hutan di Deer Creek telah pun menyebabkan kawasan hutan seluas beberapa ribu hektar di utara La Sal dijilat api, Sabtu lalu.

“Salah seorang anggota bomba kami merakam fenomena luar biasa pusaran api yang membakar hutan di Deer Creek, tepatnya di luar La Sal,” kata seorang pegawai Biro Pengurusan Tanah Utah.

Pusaran itu menyebabkan kerosakan besar kerana ia mendatangkan malapetaka di kawasan kejiranan yang terperangkap dalam kebakaran tersebut. 

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan menganggarkan kelajuan angin mencapai 196 kilometer sejam. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI