fbpx

Bayi hasil hubungan dengan kakak tiri ditimbus dekat tangki air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT seorang bayi lelaki dipercayai baru lahir ditemukan berhampiran tangki air di Kampung Melayu Desa Kayangan, Brinchang dekat Cameron Highlands semalam.

CAMERON HIGHLANDS – Penduduk Kampung Melayu Desa Kayangan dekat Brinchang di sini gempar dengan penemuan mayat bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan, yang ditanam berhampiran sebuah tangki air, semalam.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Superintendan Azri Ramli berkata, mayat bayi malang itu ditemui dalam keadaan dibungkus kain putih di dalam lubang yang digali berhampiran kawasan berkenaan.

“Kejadian terbongkar selepas penduduk menemui kesan tanah yang mencurigakan seperti baru dikorek berhampiran tangki air berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan satu bungkusan kain putih yang mengandungi mayat seorang bayi lelaki,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, susulan kejadian itu, polis bertindak menahan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun kira-kira pukul 5.30 petang pada hari sama.

Tambahnya, turut dirampas beberapa peralatan seperti cangkul dan penyodok yang dipercayai digunakan suspek untuk menggali tanah bagi tujuan menanam bayi tersebut.

“Hasil siasatan awal mendapati remaja terbabit mengaku melakukan hubungan seks terlarang bersama kakak tirinya hingga menyebabkan kehamilan.

“Suspek juga mengaku membawa bayi yang dilahirkan oleh kakak tirinya ke atas bukit lalu menanamnya bersama uri,” katanya.

Azri berkata, kes kini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan kematian bayi.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian bagi mengelakkan kekeliruan dan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

“Orang ramai juga diminta memberi ruang kepada pihak polis menjalankan siasatan dengan telus dan menyeluruh,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI