fbpx

Atuk didenda RM3,000 tunjuk ‘anu’ pada anak jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH diiringi anggota polis selepas mengaku bersalah menunjuk kemaluan kepada anak perempuan jirannya, Sabtu lalu. - Foto oleh AMRAN ALI / KOSMO!

MELAKA – Seorang lelaki yang mempunyai masalah pendengaran didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah menunjukkan kemaluan kepada anak perempuan jirannya di sini, Sabtu lalu.

Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Zakaria Neamat, 59, yang membuat pengakuan tersebut sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati telah melakukan isyarat menunjukkan kemaluan kepada anak jirannya dengan niat untuk dilihat oleh mangsa bagi mencabul kehormatannya. Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 10 malam, di sebuah rumah di Simpang Tanjung Kling, dalam daerah Melaka Tengah, 12 Julai lalu.

Mengikut fakta kes, tertuduh dilaporkan cuba mengumpil tingkap rumah jirannya itu dan apabila perbuatannya disedari, lelaki tersebut tiba-tiba membuka seluar dan menunjuk kemaluannya kepada mangsa.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar hukumannya diringankan dengan alasan dia hanya bekerja sebagai tukang potong rumput, selain telah insaf.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hanis Aliah Ahmad Kamarulnajuib bagaimanapun memohon agar hukuman setimpal diberikan sebagai pengajaran kepada tertuduh serta masyarakat.

Selepas mendengar rayuan kedua belah pihak mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh membayar denda sebanyak RM3,000 atau enam bulan penjara jika gagal bayar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI