fbpx

Amah mengaku curi wang hampir RM131,000 dari rumah aktres

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENNAPHA (kiri) mengaku mencuri wang dari rumah Nathalie. - Foto Facebook/Gossipstar

BANGKOK – Seorang aktres Thailand membuat laporan polis selepas mendapati bahawa pembantu rumahnya mencuri wang tunai selama setahun, sehingga jumlah keseluruhan hampir mencecah 1 juta baht (RM131,000), lapor laman berita Thaiger hari ini.

Nathalie Devies dan suaminya memfailkan aduan pada 10 Julai lalu selepas menyedari wang tunai dalam mata wang Thai dan asing telah hilang dari rumah mereka di Soi Phatthanakan 38, Bangkok.

Pasangan tersebut mengesyaki pembantu rumah warga Laos tersebut bertanggungjawab atas kecurian itu.

Selepas Nathalie dan suaminya mula curiga, pembantu rumah bernama Pennapha, berhenti kerja dan melarikan diri.

Polis melancarkan gerakan mencari amah tersebut dan akhirnya menemui dia bersembunyi bersama teman lelakinya.

Dia dibawa ke balai polis untuk berhadapan dengan Nathalie.

Sebuah video yang dikongsikan oleh stesen televisyen Channel 7 menunjukkan Pennapha menangis ketika membuat pengakuan kepada aktres itu dan suaminya.

Dia mengaku bahawa perbuatannya didorong oleh sifat tamak.

Kebanyakan wang yang dicuri itu didakwa diberikan kepada teman lelakinya atau dibelanjakan untuk pembedahan kosmetik. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI