fbpx

296 pelabur rugi RM83 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishamuddin (tengah) ketika hadir bagi menyerahkan dokuman berkaitan mangsa penipuan empat syarikat pelaburan di Menara KPJ, hari ini. Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) mendesak pihak berkuasa supaya mengambil tindakan ke atas empat syarikat yang telah menipu 296 individu hingga mengakibatkan kerugian RM83 juta.

Setiausaha Agungnya, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, kesemua mangsa diperdaya selepas menyertai pelaburan saham boleh tebus dan hartanah.

Katanya, suspek menggunakan modus operandi serupa iaitu mempromosikan pelaburan kononnya patuh syariah dengan meletakkan nama tokoh agama terkenal sebagai penasihat syariah atau ahli lembaga penasihat syariah.

“Sasaran sindiket ialah pelabur yang mempunyai pendapatan tinggi dan mereka yang ingin melabur dalam saham awam tanpa kelulusan Suruhanjaya Sekuriti.

“Sindiket tidak memiliki akaun pelaburan amanah yang dikawal selia pemegang amanah berdaftar sekali gus menimbulkan keraguan terhadap kesahihan dan keselamatan pelaburan,” katanya.

Menurut Hishamuddin, sekiranya tiada tindakan, siasatan akan kekal lambar dan mangsa terus menanggung beban tanpa sebarang keadilan.

Salah seorang mangsa dikenali sebagai Daud, 60, berkata, dia dan isterinya mula melabur sejak Januari 2022 selepas terpengaruh dengan dividen konsisten pada peringkat awal.

“Isteri saya tahu tentang skim ini daripada kawan-kawan yang dakwa sudah menerima pulangan lumayan. Kami melabur RM250,000 sebelum bayaran dihentikan,” katanya.

Faizi, 30, pula mendakwa mengalami kerugian hampir RM400,000 dan merayu agar kes disiasat secara menyeluruh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI