fbpx

Gencatan senjata dicapai, tentera Syria berundur dari Sweida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan keselamatan Syria ditempatkan di tengah-tengah pertempuran di bandar Sweida semalam. - AFP

DAMSYIK – Syria mengumumkan bahawa tenteranya mula berundur dari bandar Sweida yang dilanda keganasan sejak hampir seminggu, susulan gelombang serangan Israel ke atas ibu negaranya, Damsyik.

Tindakan itu diambil selepas Amerika Syarikat (AS) menggesa supaya tentera kerajaan meninggalkan bandar selatan yang majoritinya terdiri daripada etnik Druze.

AS yang merupakan sekutu rapat Israel dan telah cuba membina semula hubungannya dengan Syria berkata, persetujuan telah dicapai untuk memulihkan ketenangan di kawasan itu.

“Kami menggesa semua pihak untuk menunaikan komitmen yang telah mereka buat,” kata Washington.

Kerajaan Syria sebelum itu mengumumkan gencatan senjata baharu di Sweida yang akan menghentikan operasi ketenteraan di rantau tersebut.

Ia berlaku selepas pertempuran antara masyarakat Druze dan Badwi yang telah menyebabkan lebih 350 orang terbunuh sejak Ahad minggu lalu.

“Tentera Syria telah mula berundur dari bandar Sweida dalam pelaksanaan terma perjanjian yang diterima pakai, selepas menamatkan operasi ke atas kumpulan penjenayah,” kata satu kenyataan kementerian pertahanan negara itu.

Israel yang mempunyai komuniti Druze sendiri, menyifatkan mereka sebagai pembela etnik tersebut walaupun beberapa penganalisis mengatakan bahawa ia adalah alasan untuk mengejar matlamat ketenteraannya sendiri ke atas Syria. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI