fbpx

‘Anai-anai musnahkan impian 44 tahun saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad menunjukkan struktur kayu rumahnya yang rosak dan telah mereput akibat dimakan anai-anai di Kampung Pengkalan Pauh, Pasir Puteh baru-baru ini.

PASIR PUTEH – Seorang warga emas di Kampung Pengkalan Pauh, Kedai Menanti di sini terpaksa menerima hakikat rumah yang dibinanya atas segala keri­ngat dan kudrat 44 tahun lalu kini menanti masa sahaja untuk roboh akibat dimakan anai-anai.

Mohamad Setapa, 79, berkata, rumah tersebut yang dibina menggunakan kayu terbuang pada tahun 1981 sudah tidak selamat untuk didiami selain pendawaian elektrik juga banyak yang sudah rosak.

“Selepas hampir 44 tahun, rumah ini semakin daif dan banyak bahagian atap zink sudah bocor selain struktur kayu reput dimakan anai-anai.

“Jika hujan, saya basah kuyup dan tiada tempat lain untuk berlindung. Ada yang tampil memberi bantuan kayu dan zink, namun saya tiada wang untuk membayar upah tukang rumah.

“Memang dahulunya saya be­kerja sebagai tukang rumah, tetapi sudah tidak larat untuk membuat kerja-kerja berat ke­rana faktor usia. Saya hanya bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan

Masyarakat sebanyak RM250 dan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) RM50 sebulan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Mohamad berkata, isterinya meninggal dunia pada 2012 akibat serangan jantung, manakala dua anak berusia 58 dan 55 tahun tinggal bersama keluarga mereka.

Malah katanya, dia juga tidak mahu menyusahkan dua anak­nya itu kerana masing-masing hidup dalam keadaan serba kekurangan.

“Saya hanya mahu baiki rumah yang dibuat daripada hasil titik peluh saya dan tinggal di sini sehingga ke akhir hayat.

“Struktur rumah ini perlu dibaiki agar tidak roboh dan atap zinknya juga harus ditampal agar tidak bocor. Saya paling takut semasa ribut dan angin kencang kerana rumah ini seperti mahu tumbang,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin meng­hulurkan sumbangan boleh meng­hubungi Mohamad di talian 019-521 5578 atau terus ke Bank Simpanan Nasional miliknya, 0300241000080896.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI