fbpx
GAMBAR fail sebuah rumah musnah akibat serangan Russia di Velykomykhaylivka, Ukraine. - Foto AFP

‘Zelensky jangan serang Moscow!’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON  – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberitahu rakan sejawat beliau dari Ukraine, Volodymyr Zelensky supaya tidak menyerang Moscow, lapor portal berita Metro.co.uk semalam.

Trump menyatakan demikian selepas beliau memberikan tarikh akhir 50 hari kepada Russia untuk menghentikan perang Ukraine.

“Tidak, beliau (Zelensky) tidak sepatutnya menyerang Moscow,” kata Trump kepada pemberita yang bertanya jika Presiden Ukraine itu perlu mengarahkan serangan peluru berpandu ke atas Moscow.

Kenyataan itu dibuat selepas laporan akhbar Financial Times didakwa mendedahkan pertanyaan Trump kepada Zelensky.

Dalam perbualan peribadi itu, Trump bertanya jika Zelensky boleh menggunakan peluru berpandu jarak jauh yang dibekalkan oleh AS ke atas Moscow dan meningkatkan serangan terhadap Russia.

“Volodymyr (Zelensky), bolehkah anda menyerang Moscow? Bolehkah anda menyerang St Petersburg juga?” kata dua sumber kepada akhbar tersebut.

“Pastinya, Kami boleh jika anda memberi kami senjata,” tambah sumber sama memetik kenyataan Zelensky.

Russia berulang kali melancarkan serangan udara ke atas ibu negara Ukraine, Kyiv. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI