fbpx

[VIDEO] ‘Tomyam Malaysia’ mendunia sampai ke India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seorang lelaki di hadapan restorannya di India.

PETALING JAYA – Nama restoran ‘Tomyam Malaysia’ tular di media sosial apabila seorang warga India yang dipercayai membuka restoran berkonsepkan masakan Malaysia dan Thailand di negaranya.

Menerusi satu tangkap layar di aplikasi TikTok, video tersebut memaparkan suasana restoran tersebut yang penuh dengan menu masakan Malaysia seperti apam balik, udang sambal dan ikan bakar.

Menerusi ruangan komen, rata-rata ramai orang bangga kerana masakan lauk pauk Malaysia di bawa ke negara India.

“Banyak kedai mamak di Malaysia sudah jual menu masakan tomyam. Mereka ini balik India, buka kedai masakan Thailand.. tapi terharu sebab letak nama kedai ‘Tomyam Malaysia’,” komen @Shah.

“Yang penting bersih, kedai pun macam rupa kedai dekat Malaysia. Bukan sahaja buat menu Malaysia. Bahasa Melayu pun dia guna, bahkan sikap kebersihan ikut SOP pun dia praktis juga,” balas @Sh.Azizah83.

“Diorang ini cerdik, ambil ilmu masakan untuk buat perniagaan selepas sudah lama pernah tinggal di Malaysia,” komen @Sharifah. – KOSMO! ONLINE

@abg.is78♬ original sound – RIDZUAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI