fbpx

Lelaki cedera Alphard terbabas masuk sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN Toyota Alphard yang terbabas ke dalam Sungai Kampung Telaga Bata di Alor Setar malam tadi. - Foto Media Sosial

ALOR SETAR – Pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard cemas apabila kenderaan yang dia pandu terbabas lalu terjunam ke dalam Sungai Kampung Telaga Bata, di sini malam tadi.

Kejadian mengakibatkan mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia 41 tahun mengalami kecederaan ringan.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 8.01 malam.

Katanya, kejadian berlaku ketika MPV tersebut melalui jalan ban bersebelahan sungai tersebut.

“PGO menerima panggilan kecemasan kereta jatuh sungai dan mengarahkan satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi didapati terdapat Toyota Alphard terbabas ke dalam sungai. Anggota bertindak mengeluarkan mangsa dan dibawa ke lokasi selamat,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, mangsa dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan dan diberi rawatan awal sebelum dibawa ke hospital menaiki EMRS untuk rawatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI