fbpx

Guru direman enam hari bantu siasatan kes ‘sentuh’ pelajar lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis membawa suspek (kiri) untuk prosiding reman di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini. FOTO ROSALWANI CHE SOH

KOTA BHARU – Seorang guru direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes amang seksual fizikal melibatkan beberapa pelajar lelaki.

Perintah reman sehingga Isnin depan terhadap lelaki berusia dalam lingkungan 50-an itu dikeluarkan oleh Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14(a) dan 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima tiga laporan polis daripada mangsa yang mendakwa guru tersebut melakukan amang seksual terhadap mereka.

“Kesemua laporan itu dibuat oleh beberapa mangsa yang berusia dalam lingkungan belasan tahun. Siasatan lanjut masih dijalankan dan suspek direman enam hari bagi membantu kes tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI