LONDON – Seorang wanita di Britain terkejut melihat awan berbentuk seperti wajah Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sedang merenungnya, lapor portal berita Daily Mail semalam.
Janet Rose berkata, dia membawa anjingnya keluar bersiar-siar apabila menyedari terdapat wajah dikenali memandang padanya.
Wanita berusia 60 tahun itu berlari ke pulang rumah dan mengambil telefon pintar untuk merakam gambar itu di Fernhill Heath, dekat Worcester, baru-baru ini.
Dia merakam gambar tersebut dari halaman rumahnya.
“Saya pasti dapat melihat Trump pada masa itu, terutamanya awan itu yang berwarna perang.
“Saya kembali semula ke rumah dan mengambil telefon untuk merakamkan gambar ini,” katanya. – AGENSI