fbpx

40 minit pujuk pesakit mental hampir terjatuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANAH MERAH – Seorang pesakit mental yang dirawat di wad psikiatri Hospital Tanah Merah di sini sempat diselamatkan oleh anggota bomba selepas cuba untuk terjun dari tingkat empat hospital itu tengah malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 12.32 tengah malam semasa wanita berusia 51 tahun itu dilaporkan sedang menjalani rawatan di hospital berkenaan sebelum bertindak mahu melompat keluar melalui tingkap.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Mohd. Zulkifli Osman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah bergegas ke hospital itu.

Menurutnya, sebaik pasukan bomba tiba, seorang wanita didapati cuba terjun dari tingkat empat bangunan berkenaan.

“Anggota bomba mengambil masa hampir 40 minit untuk memujuk mangsa sebelum wanita itu dibawa ke kawasan selamat tanpa sebarang kecederaan.

“Siasatan lanjut mendapati, wanita tu sedang menjalani rawatan di wad psikiatri di hospital tersebut,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Mohd. Zulkifli memberitahu, pelbagai langkah keselamatan turut diambil sepanjang proses memujuk mangsa bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI