fbpx

Tiada isu bayar macam ‘penapis air’, hutang dijangka beres – Annuar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar (tengah) bersama pengurusan Kelantan TRW pada sidang akhbar di bilik mesyuarat Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/KOSMO!

KOTA BHARU – Pengurusan baharu Kelantan The Real Warriors (Kelantan TRW) tekad mahu melangsaikan hutang tunggakan pemain dan jurulatih pasukan tersebut semasa di bawah pentadbiran Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) dalam musim lepas.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, pengurusan baharu Kelantan TRW kini mempunyai dua tugas besar iaitu membina sebuah pasukan yang cemerlang dan membayar hutang-hutang kelab termasuk tunggakan gaji bekas-bekas pemain.

“Bila saya terajui kelab ini saya nak semua orang faham, pertama pasukan kena cemerlang, tak boleh buat ala kadar, jadi belasahan orang, kita kena angkat daya kompetitif iaitu kena berbelanja, kita nak mantapkan pasukan dan ambil komitmen nak selesaikan hutang.

“Semua hutang-hutang akan dibayar, kita beri peluang siapa yang nak segera, dia (pemain) bagi diskaun kalau yang tak mahu bagi diskaun, mereka berhak ini gaji mereka tetapi kita akan bayar dan lunaskan musim ini juga,” katanya pada sidang akhbar di bilik mesyuarat Stadium Sultan Muhammad IV, di sini hari ini.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan bekas jurulatih KDN FC musim lalu, Rezal Zambery Yahya mendedahkan pihak pengurusan KDN FC telah membuat tawaran untuk membayar ansuran tunggakan gaji mereka seperti penapis air dengan nilai sebanyak RM200 sebulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI