fbpx

Sithu hilang sejak 9 Julai lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITHU

CHERAS – Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang penuntut sebuah universiti swasta yang dilaporkan hilang sejak 9 Julai lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Ridzuan Khalid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan lelaki warga Myanmar itu kira-kira pukul 9.05, semalam oleh pihak universiti terbabit.

“Kali terakhir orang hilang, Sithu Hpone Maw, 20, dilihat adalah pada 9 Julai lalu di rumah sewanya terletak di Taman Connougt, di sini.

“Sithu merupakan penuntut tahun dua jurusan seni bina berketinggian 5.9 kaki,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Ridzuan, siasatan masih dijalankan dan sesiapa mempunyai maklumat, diminta tampil untuk membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI