fbpx

Selangor digitalisasikan pasar basah dan kering

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin pada Majlis Jalinan Sinergi dan Apresiasi Rakan Strategik PLATS di Shah Alam hari ini. - Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

SHAH ALAM – Pasar Moden Seksyen 6 di sini menjadi perintis dalam Platform Selangor (PLATS) bagi mendigitalisasikan perniagaan basah dan kering di negeri ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ia merupakan pendekatan baharu berbanding sebelum ini hanya tertumpu kepada kedai makan dan penjaja pasar malam.

Katanya, kejayaannya juga akan memastikan sasaran 100,000 peserta PLATS pada tahun ini.

“Kita masih banyak peniaga dan gerai boleh didekati. Salah satunya bagaimana pendekatan kita di Pasar Seksyen 6.

“Kalau projek ini berjaya, jadi kita boleh banyak aplikasi di pasar-pasar di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing,” katanya.

Terdahulu, beliau merasmikan majlis jalinan sinergi dan aspirasi rakan strategik PLATS di sini, hari ini.

Menurut beliau, jumlah PLATS telah bertambah kepada 88,000 peserta daripada yang disasarkan 50,000 setakat ini.

Tambahnya, jalinan sinergi dengan beberapa institusi termasuk Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank) adalah bertujuan dalam memperkemaskan lagi faedah dan keistimewaan kepada peserta dalam mentransformasi perniagaan digital mereka.

“Keberkesanan PLATS ini dibuktikan menerusi pertambahan peserta menerusi aktiviti program tersebut selain sokongan data dan maklumat.

“Sokongan bentuk kewangan juga dilakukan menerusi baucar dalam setiap kempen dilaksanakan. Mereka dapat tambah perniagaan dan kita dapat jumlah peserta lebih banyak,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI