fbpx

‘Kami hanya makan apa yang ada’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR HAFIZAH menerima kunjungan Mas Imran di rumahnya di PPR Sungai Tiram, Johor Bahru, baru-baru ini.

JOHOR BAHRU – Sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah kehidupan Nur Hafizah Omar, 37, yang bergelut dengan masalah kewangan untuk membesar lima anak malah diuji dengan masalah kesihatan setelah didiagnos barah pangkal rahim tahap tiga.

Menurut Nur Hafizah, dia mengetahui mengenai penyakit itu selepas proses pengambilan sel atau tisu dilakukan di Hospital Sultan Ismail (HSI) pada awal tahun lalu.

Katanya, ketika ini, dia hanya makan ubat kampung dan herba bagi hilangkan sakit.

“Saya dinasihatkan untuk menjalani pembedahan histerektomi iaitu pembedahan untuk membuang rahim selain kemoterapi bagi memastikan kan­ser tidak merebak ke organ lain.

“Atas faktor kewangan, saya tidak meneruskan rawatan di hospital. Walaupun ada yang memberi sumbangan kewangan, saya tak pasti sama ada mencukupi menampung kos rawatan yang diperlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima sumbangan barangan disalurkan pasar raya Econsave Cash And Carry di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Tiram, di sini.

Nur Hafizah berkata, suami­nya, Mohd. Asri Ali, 39, bekerja sebagai pekerja bahagian pembersihan dengan pendapatan bersih kira-kira RM800 sebulan.

Katanya, dengan pendapatan yang tidak seberapa itu, dia akui bergelut untuk memenuhi keperluan harian anaknya yang berusia 14, 10, 8, 5 dan 2 tahun.

“Masalah terputus bekalan dapur itu sudah jadi kebiasaan, kadang-kadang terpaksa ikat perut dan makan apa yang ada sahaja. Anak keempat dan bongsu hanya meminum susu pekat ke­rana tidak mampu membeli susu tepung,” katanya.

Katanya, keadaan mereka bertambah malang apabila anak sulungnya, Muhammad Danish Iman, 14, patah kaki kiri, tulang rahang serta dagu selepas terjatuh dari tingkat satu di flat yang didiami ketika bermain bersama rakannya, minggu lalu.

Sementara itu, Mohd. Asri berkata, keluarganya pernah menerima bantuan segera daripada Majlis Agama Islam Johor selain bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Orang ramai boleh meng­hubungi keluarga Nur Hafizah di talian 017-776 1041 atau sumbangan menerusi akaun Bank Simpanan Nasional di 0199541100302171.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI