fbpx

Gangguan bekalan air di JB selama 26 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RIZWAN HASABANA menyimpan air sebagai persiapan bekalan air akan terputus selama 26 jam bermula 15 Julai 9 pagi hingga 16 Julai 11 pagi di rumahnya di tingkat lima, Blok 9, Flat Stulang Laut, Johor Bahru. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Lebih 30,000 akaun pengguna di beberapa kawasan sekitar bandar raya Johor Bahru termasuk kawasan sekitar Tebrau, di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual selama 26 jam bermula hari ini.

Ia berikutan kerja-kerja penyelenggaraan Loji Rawatan Air (LRA) Sultan Iskandar, Pasir Gudang membabitkan kesemua instrumen penting di loji berkenaan, bagi memastikan kelestarian sistem rawatan air serta bekalan yang lebih stabil untuk jangka masa panjang.

Sebelum ini Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ Sdn Bhd Anuar Abdul Ghani berkata, pihaknya akan turut menyediakan lori tangki, bagi memenuhi permintaan kecemasan daripada premis penting seperti hospital, pusat dialisis serta institusi yang memerlukan bekalan air berterusan.

Gangguan bekalan air berjadual itu langkah proaktif bagi memastikan sistem bekalan air berada dalam keadaan optimum dan selamat kepada pengguna.

ANTARA kawasan terjejas dengan gangguan bekalan air di Johor Bahru.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang Ranhill SAJ di www.ranhillsaj.com.my dan Facebook rasmi atau menghubungi talian 1800-88-7474 bagi mendapatkan sebarang maklumat lanjut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI