fbpx

Dua penuntut UnIPSAS maut merupakan penghafaz al-Quran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua penuntut UnIPSAS maut dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat berhampiran Masjid Hidayah, Paya Besar di Kuantan pagi tadi.

KUANTAN – Dua penuntut Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) yang maut pagi tadi merupakan penghafaz 30 juzuk al-Quran ketika menyambung pengajian tahfiz di Kuliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar.

Pihak UnIPSAS dalam kenyataan menzahirkan rasa dukacita atas kehilangan dua pelajar mereka yang disifatkan sebagai pelajar berakhlak mulia dan cintakan ilmu agama.

“Kedua-dua allahyarham merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Islam Al-Irsyad sehingga tingkatan tiga dan seterusnya menyambung pengajian tahfiz di Kuliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar, Pekan, mereka juga berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran.

“Pihak universiti merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa dan menyeru warga kampus menyedekahkan al-Fatihah buat arwah,” katanya.

Dalam kejadian pagi tadi, Muhammad Zuhair Rifqi Abdul Jalil, 21, pelajar Diploma Pengajian Quran dan Sunnah, meninggal dunia selepas motosikal dinaiki hilang kawalan dan merempuh sebuah ambulans.

Rakannya, Muhammad Firdaus Mohammad Zamri, 22, pelajar Ijazah Sarjana Muda Syariah Dengan Pentadbiran Kehakiman (Kepujian), pula disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Zon Merah Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI