fbpx

Dua penumpang warga China maut kemalangan di Tapah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA lelaki warga China maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta Toyota Vios di Kilometer 316.9, Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara, Tapah pada pukul 8.53 malam semalam. - FOTO IHSAN JBPM

TAPAH – Dua lelaki dewasa warga China maut manakala seorang lelaki tempatan cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta Toyota Vios di Kilometer 316.9, Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara di sini pada pukul 8.53 malam semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, impak kemalangan yang belum dipastikan punca sebenar itu menyebabkan ketiga-tiga mangsa tersepit di dalam kenderaan tersebut.

“Bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan ketiga-tiga mangsa. Seorang mangsa lelaki yang merupakan pemandu kenderaan (warga tempatan) mengalami kecederaan dibahagian tangan telah mendapat rawatan di fasiliti perubatan terdekat.

“Sementara, dua mangsa lain iaitu lelaki warga China masing-masing di bahagian penumpang hadapan dan belakang didapati meninggal dunia di lokasi kejadian kerana mengalami kecederaan parah,” katanya di sini hari ini.

Katanya, kedua-dua mangsa warga China itu disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan yang berada di lokasi kemalangan yang seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI