fbpx

Tetamu majlis kahwin meninggal dunia ketika menyanyi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa dibawa ke klinik terdekat di Bengkulu. - Foto Polis Air Besi

JAKARTA – Satu rakaman video tular di media sosial memaparkan seorang warga emas rebah lalu meninggal dunia ketika sedang menyanyi pada sebuah majlis perkahwinan, lapor laman berita iNews semalam.

Video mengenainya dimuat naik di platform Instagram, manakala kejadian tersebut berlaku di Kampung Curup, wilayah Bengkulu.

Dalam video itu, mangsa pada awalnya menyanyi sambil berjoget dengan penuh bertenaga. 

Secara tiba-tiba, dia rebah hingga membuatkan tetamu lain panik.

Pada awalnya, mereka menganggap mangsa keletihan atau dirasuk. 

Menurut Ketua Polis Air Besi, Inspektor Deni Mashuri, lelaki warga emas itu dibawa ke klinik terdekat dan dirawat oleh doktor.

Namun, dia kemudian disahkan meninggal dunia, dipercayai akibat serangan jantung. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI