fbpx

Kertas siasatan penceramah, lelaki Pakistan meliwat dirujuk DPP minggu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Dua kertas siasatan termasuk melibatkan seorang penceramah bebas berhubung kes penyebaran video seks isteri-isterinya akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dalam minggu ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Aissten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, turut akan dirujuk kepada DPP adalah melibatkan kes lelaki Pakistan yang mencabul dan meliwat kanak-kanak serta remaja lelaki berusia 9, 13, 14 dan 19 tahun.

Katanya, ini selepas kertas siasatan berhubung kedua-dua kes telah dilengkapkan pihaknya.

“Kes liwat oleh suspek Pakistan dan kes penceramah bebas akan dirujuk ke DPP dalam minggu ini,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang penceramah bebas berusia 39 tahun disiasat selepas menerima laporan daripada isteri kedua suspek lelaki tersebut, pukul 12 tengah hari, 16 Jun lalu.

Berdasarkan laporan, pengadu mendakwa penceramah itu menyebarkan video seks dirinya dan madu-madu lain serta beberapa wanita lain.

Hasil semakan terhadap telefon bimbit suspek yang dirampas polis kemudiannya mendapati
menemukan beberapa video seks suspek dengan isteri-isterinya dan gambar wanita lain dalam keadaan mengaitkan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Sementara, suspek Pakistan yang mencabul dan meliwat sebelum ini berjaya ditahan ditangkap di Kuala Nerang, Kedah pada 8 Julai lalu ketika dia dikatakan cuba melarikan diri ke negara jiran.

Suspek yang berusia 25 tahun dan memasuki negara ini sejak enam bulan lalu telah melakukan pelakuan jijik berkenaan sejak April lalu.

Antara modus operandi suspek adalah mengekori dan meminta mangsa mengambil barang di suatu lokasi sebelum dipeluk dari belakang dan dicekik jika melawan.

Kesnya disiasat mengikut Seksyen Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI