PETALING AYA – Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja warga Indonesia berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang sejak kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, M. Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan individu tersebut kira-kira pukul 11.10 malam, semalam.
“Remaja tersebut dilihat kali terakhir berada di kawasan Blok B, Jalan MJ 6 Medan Maju Jaya, di sini, sekitar pukul 8.30 malam, kelmarin.
“Mangsa bernama Alan Azli merupakan warga Indonesia dengan tinggi 1.65 meter, mempunyai warna kulit kuning langsat dan berambut pendek,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Ainna Athira Abd Ajid di talian 010-2762186. – KOSMO! ONLINE