fbpx

Ahli Parlimen PH diberi taklimat mengenai Perkara 125 Perlembagaan – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi ditemui media ketika keluar dari Kompleks Seri Perdana di sini, hari ini selepas Pertemuan Perdana Menteri bersama Ahli Parlimen PH. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

PUTRAJAYA- Isu pelantikan Ketua Hakim Negara antara perkara utama dibincangkan dalam pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) di Kompleks Seri Perdana, di sini sebentar tadi.

Perkara itu disahkan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil ketika ditemui di luar perkarangan bangunan itu, di sini.

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, taklimat diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PKR berkata, taklimat itu berkaitan Perkara 125 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

“Azalina juga hadir untuk memberi penjelasan tentang perkara berkaitan Perlembagaan Persekutuan terutama Perkara 125.

“Ia juga termasuk pembentukan tribunal di antara hakim dan beberapa perkara yang berkaitan,” katanya.

Perkara 125 menggariskan pelantikan, tempoh perkhidmatan, dan pemecatan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, termasuk Ketua Hakim Negara.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, segala perbincangan yang di bawa dalam pertemuan itu sangat diterima baik oleh Ahli Parlimen yang hadir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI