fbpx

Ahli Badan Peguam Malaysia mula berarak dari Istana Kehakiman ke PMO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peserta Perarakan Membela Kebebasan Kehakiman mula berarak sekitar pukul 2.30 petang bermula dari Istana Kehakiman ke Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Ahli-ahli Badan Peguam Malaysia memulakan Perarakan Membela Kebebasan Kehakiman kira-kira pukul 2.30 petang ini dari Istana Kehakiman menuju ke Pejabat Perdana Menteri (PMO) di sini.

Tinjauan Kosmo! mendapati kumpulan berkenaan mula berkumpul berhampiran Istana Kehakiman sejak pukul 1.30 tengah hari tadi sambil membawa pelbagai plakad.

Ketika sedang berhimpun, ahli Badan Peguam Malaysia mula melaungkan ‘bebas kehakiman’ menggunakan pembesar sambil disambut oleh peserta perarakan.

Media melaporkan perarakan sejauh 2.6 kilometer itu dijangka berakhir dengan penyerahan memorandum mengandungi empat tuntutan kepada PMO.

Tuntutan itu termasuk mengisi kekosongan jawatan tertinggi kehakiman, mendedahkan minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) baru-baru ini, membentuk Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat campur tangan kehakiman dan menangani kekosongan keseluruhan kehakiman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI