fbpx

‘Sekufu’ Nabila, isu mak tiri punca Shila ‘diserang’ Amy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Gara-gara menyokong kenyataan Nabila Huda berhubung isu ibu tiri menjadi punca penyanyi Shila Amzah ‘diserang’ secara bersemuka seorang penyanyi bertaraf legenda baru-baru ini.

Tanpa menamakan penyanyi Datuk Amy Search seperti didyga ramai, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 35, mengakui ada mengeluarkan kenyataan sekadar menyokong luahan anak Amy Nabila Huda atau Abil sebagai rakan seindustri.

“Liku-liku kehidupan yang kami berdua lalui dalam keluarga lebih kurang sama. Saya sekadar memberi sokongan kepada rakan industri. Saya pun tak ada sebut nama sesiapa.

“Bila saya setuju dengan kenyataan Abil itu lebih kepada mak tiri saya. Jadi bila nak kata saya cuba mengacau keluarga orang lain perkara itu sama sekali tidak benar dan tidak berasas,” katanya dalam sebuah video yang dikongsikan dalam akaun Instagram sebuah rancangan hiburan.

Sebelum ni Shila pernah memuatnaik status dalam aplikasi X menyokong kenyataan Abil yang menggelar seorang individu dengan panggilan ‘perempuan itu’.

Tulis Shila  dalam status tersebut, dia dapat merasai apa yang diluahkan Abil.

Terdahulu pada Khamis, Shila menggemparkan ramai apabila mendakwa dirinya ‘diserang’ oleh seorang penyanyi legenda sewaktu sesi latihan Konsert Ulang Tahun ke-20 MR D.I.Y di Stadium Merdeka.

Penyanyi Patah Seribu itu turut membuat laporan polis dan pihak polis mengesahkan telah menerima laporan dan siasatan sedang dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI