fbpx

Remaja tular ditahan, curi sos lada hitam, mayonis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular berhubung kejadian mencuri di sebuah pasaraya di daerah ini yang videonya turut tular di media sosial sejak semalam.

JEMPOL – Seorang remaja lelaki yang tular dipercayai mencuri di sebuah pasar raya di daerah ini ditahan pihak polis setelah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol, di sini, pukul 1 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Norhisham Mustapar berkata, remaja lelaki berusia 15 tahun berkenaan hadir ke IPD bersama ahli keluarga bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

“Remaja berkenaan diberikan jaminan polis setelah selesai dirakam percakapan. Kertas siasatan akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya dalam masa terdekat.

“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan kecil,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pada 11 julai kira-kira pukul 7 malam di dalam pasar raya berkenaan di mana suspek telah ditahan oleh pekerja pasar raya selepas didapati kerap keluar serta masuk sambil membawa sebuah beg sandang.

“Hasil pemeriksaan di dalam beg terdapat dua paket sos lada hitam dan dua paket mayonis yang masih belum dibuat pembayaran,” katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi tiga minit 43 saat seorang remaja lelaki mengendong adiknya di belakang diarahkan oleh seorang individu dipercayai pekerja wanita pasaraya untuk tidak keluar dari pasaraya berkenaan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI