fbpx

Laluan pesisir Pantai Batu Rakit siap dibaiki Oktober depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alexander (dua dari kiri) meninjau kerja-kerja projek baik pulih Jalan Mengabang Telipot - Batu Rakit berhampiran Kampung Tanjung, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Jalan Mengabang Telipot – Batu Rakit berhampiran Kampung Tanjung di sini yang terputus akibat hakisan teruk pada Monsun Timur Laut (MTL) awal tahun ini dijangka dapat dilalui semula pada awal bulan Oktober depan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kerja-kerja baik pulih laluan sepanjang 280 meter berkenaan berjalan lancar dengan kemajuan fizikalnya lebih awal daripada jadual asal.

“Projek membaiki runtuhan jalan dan tebing jalan ini turut melibatkan pemasangan sistem geotekstil, penstabilan struktur tanah dan kerja-kerja tambakan pasir.

“Ia mengguna pakai teknologi kejuruteraan terkini yang diyakini mampu menyerap tekanan ombak besar pada musim tengkujuh akan datang,” katanya selepas meninjau perkembangan projek tersebut di Kampung Tanjung, Batu Rakit di sini hari ini.

Kerosakan laluan tersebut sejak lebih setengah tahun lalu menjejaskan ribuan penduduk yang menetap di pesisir Pantai Batu Rakit dan Pantai Mengabang Telipot di sini.

Alexander berkata, setakat ini, projek membaiki Jalan Mengabang Telipot – Batu Rakit tersebut telah mencapai
kemajuan fizikal sebanyak 45.37 peratus.

Beliau berkata, projek tersebut menelan belanja keseluruhan RM4.95 juta menggunakan peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (Marris).

Dalam pada itu, Alexander berkata,peruntukan tambahan sebanyak RM36 juta membaiki Jalan Aring 8-Kenyir-Kuala Jeneris, Hulu Terengganu yang turut mengalami kerosakan teruk akibat musim tengkujuh lalu telah diluluskan baru-baru ini.

“Kerja-kerja pembaikan laluan tersebut dijangka bermula pada bulan November depan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI