fbpx

KPDN sasar 25,000 ahli SKIP menjelang hujung tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Armizan bergambar semasa hadirin pada Majlis Perasmian Penutup Festival Pengguna (CONFEST) 2025 hari ini.

PENAMPANG – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mensasarkan pendaftaran ahli Skuad Kita Pengguna (SKIP) mencapai 25,000 orang menjelang hujung tahun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, SkIP merupakan salah satu strategi KPDN dalam mendapatkan penglibatan orang ramai sejajar dengan inisiatif Kita Gempur.

Jelasnya, ahli SKIP merupakan rakan strategik kementerian dalam menggerakkan advokasi kepenggunaan di seluruh negara.

“Mereka akan digerakkan sebagai penghubung antara rakyat dan kerajaan dalam menangani isu-isu kepenggunaan secara lebih responsif dan inklusif sekali gus menjadi teras kepada keberkesanan pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) 2.0,”katanya selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Festival Pengguna (CONFEST) 2025 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Armizan berkata, SKIP berperanan dalam membantu KPDN antaranya termasuklah membantu kementerian dalam usaha mendidik masyarakat untuk menjadi pengguna berdaya upaya yang tahu hak serta berani untuk mengambil tindakan selaras dengan perundangan atau peraturan sedia ada.

“Selain itu, skuad berkenaan juga mewakili setiap lapisan masyarakat seperti sektor awam, swasta, persendirian dan pertubuhan untuk membantu kerajaan dalam usaha meningkatkan pengetahuan serta mendidik masyarakat berkaitan kemahiran kepenggunaan.

“Oleh itu, kita akan terus memperkasakan peranan SKIP yang digerakkan melalui pertambahan ahli di seluruh negara,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI