JAKARTA – Seorang suami menangkap basah isterinya bersama pegawai polis di sebuah vila di Rejang Lebong, wilayah Bengkulu, lapor portal berita Serambi News hari ini.
Isteri anggota tentera itu yang juga merupakan pegawai bank dan pasangannya dipercayai tidak memakai pakaian ketika berada di dalam vila tersebut .
Dalam satu rakaman video yang tular di media sosial, isteri anggota tentera itu dilihat sedang memakai pakaiannya.
Pegawai polis bersamanya pula sudah berpakaian lengkap ketika membuka pintu.
Ketika itu, si suami dan beberapa rakannya melakukan serbuan selepas mengesyaki sikap aneh si isteri sebelum mengekori wanita berkenaan.
Ketua Polis Tempatan, Superintendan Sinar Simanjuntak berkata, kes mereka telah diserahkan kepada Polis Lubuklinggau. – AGENSI