fbpx

Mayat lelaki dalam gaung di Tapah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT seorang lelaki yang dikenal pasti berumur sekitar 30-an ditemukan dalam gaung berhampiran Kampung Batu 23 Jalan Pahang, Tapah kira-kira pukul 1.48 petang tadi. - FOTO IHSAN JBPM PERAK

TAPAH – Mayat lelaki dipercayai berusia dalam lingkungan 30-an ditemukan dalam gaung berhampiran Kampung Batu 23, Jalan Pahang di sini tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan berhubung penemuan tersebut.

Katanya, dengan kekuatan enam anggota dan dua jentera, pihaknya menggunakan peralatan khas untuk menaikkan mangsa yag dijumpai dalam keadaan terbaring.

“Petugas kesihatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia. Mayat lelaki itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI