fbpx

Beg tangan harga lebih RM42 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beg tangan kulit jenama Hermes Birkin yang dimiliki Jane Birkin. - Getty Images

PARIS – Sebuah beg tangan kulit jenama Hermes Birkin yang direka khas untuk pelakon dan penyanyi popular Britain, Jane Birkin, dijual pada harga mencecah €8.58 juta (RM42.6 juta), lapor akhbar New York Post kelmarin. 

Beg itu dibeli oleh seorang pembida dari Jepun, menjadikannya lelongan beg tangan paling mahal dalam sejarah. 

Firma lelongan Sotheby’s berkata, pertarungan bidaan selama 10 minit itu membabitkan sembilan pengumpul di Paris. 

Mendiang menggunakan beg itu setiap hari sebelum dijual untuk mengumpul dana bagi penyelidikan AIDS pada 1994. 

Ia kemudian dijual oleh seorang pengumpul dari Perancis, Catherine Benier pada harga yang tidak dinyatakan. 

Beg ikonik itu merupakan Birkin pertama yang dicipta khusus untuk Jane selepas dia bertemu Ketua Pegawai Eksekutif Hermen, Jean-Louis Dumas di dalam pesawat. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI