fbpx

AADK rombak semula modul pencegahan, rawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ruslin ketika ditemui pada Program Menembak AADK sempena Peringatan Hari Antidadah 2025, hari ini.

PUTRAJAYA – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) akan merombak semula modul melibatkan aspek pencegahan serta rawatan dan pemulihan menjelang awal tahun depan.

Ketua Pengarah AADK, Datuk Ruslin Jusoh berkata, pihaknya akan menilai dan mengkaji pendekatan kesemua modul yang telah dilaksanakan bagi tempoh lima tahun ke belakang.

“Kita dah bertarung begitu lama tetapi di mana kekurangan atau kesilapan yang kita perlu kenal pasti dan dijangka awal tahun depan kita akan rombak (modul) ini.

“Ini bukan bermakna (modul) yang dulu tidak baik tetapi kemungkinan ada perkara yang boleh ditambah baik,” katanya pada Program Menembak AADK sempena Peringatan Hari Antidadah 2025, di sini, hari ini

Ruslin berkata, AADK juga akan mengadakan libat urus bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dalam inisiatif ‘Kampung Bebas Dadah’.

Katanya, bagi peringkat awal, pihaknya menyasarkan satu kampung di setiap negeri, selain meneruskan pemantauan di 155 kawasan ‘hotspot’ yang dikenal pasti di seluruh negara.

“Peranan ini akan diatur 100 peratus kepada institusi kampung yang akan bekerjasama dengan AADK daerah.

“Kalau mereka lihat di kampung itu ada ‘port’ dadah, mereka boleh ambil tindakan sama ada memaklumkan kepada AADK mahupun polis,” jelasnya.

Sementara itu, Ruslin berkata, AADK juga bakal menggerakkan Pelan Komunikasi Antidadah bagi menangani peningkatan kes penagihan secara menyeluruh dan bersasar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI