fbpx

Polis siasat kes Shila Amzah diserang artis legenda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shila Amzah.

KUALA LUMPUR – Polis membuka kertas siasatan berhubung kes penyanyi, Shila Amzah yang didakwa diserang selebriti bertaraf legenda ketika dalam sesi latihan sebuah konsert di Stadium Merdeka, semalam.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad pihaknya menerima laporan berhubung kejadian sekitar pukul 5.31 petang.

“Ya kita (polis) ada terima laporan mengenai perkara tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Terdahulu, Shila mendedahkan beliau telah diserang secara terbuka di hadapan semua pekerja sehingga menjejaskan emosi dan keselamatannya.

Pendedahan itu sekali gus mengundang teka-teki dalam kalangan netizen aoabila beberapa nama artis terlibat dalam acara sama mula menjadi sebutan netizen.

Untuk rekod, Shila dijadualkan membuat persembahan sempena ulang tahun ke-20 Mr D.I.Y di Stadium Merdeka, malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI