fbpx

Malaysia kempunan ke final Piala Asia B-18

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Skuad hoki B-18 negara beraksi dalam saingan Piala Asia B-18 di China, hari ini. - MHC

PETALING JAYA – Impian skuad hoki lelaki bawah 18 tahun (B-18) negara mara ke final Piala Asia B-18 2025 tidak kesampaian apabila tewas 3-4 kepada Pakistan menerusi penentuan penalti shoot-out selepas seri 3-3 dalam aksi separuh akhir di Dazhou, China, sebentar tadi.

Skuad kendalian Mohd. Sufian Mohamad bangkit selepas ketinggalan dua gol awal menerusi pukulan sudut penalti (PC) Pakistan disempurnakan Abdullah Awan dan Hassan Shahbaz seawal minit kelima dan kelapan.

Bintang muda negara, Muhammad Safwan Salihe mempamerkan ketajamannya apabila meledak hatrik untuk memastikan Malaysia mendahului 3-2  menerusi tiga gol PC pada minit ke-10, 18 dan 28.

Perlawanan kembali terbuka apabila Hassan Shahbaz mengikat kedudukan buat Pakistan pada minit ke-40 melalui jaringan padang.

Dalam penentuan shoot-out, tiga pemain negara, Aferullsyah Ahmad Azuan, Rahuul Fazrien Muhammad Nazrien dan Harieq Hadief Mohd. Fariq menyempurnakan pukulan masing-masing.

Bagaimanapun, kemenangan menjadi milik Pakistan yang lebih tenang apabila empat pemainnya meledak gol untuk mengesahkan slot ke pentas final bertemu Jepun.

Kini, skuad Young Tigers perlu bangkit untuk mengubati kekecewaan dengan memastikan kejayaan podium dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat menentang Bangladesh pada Ahad ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI