fbpx

Durian Kahang makan tak muak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. SOPI menunjukkan buah durian kampung Kahang yang dijual ketika ditemui di Kluang baru-baru ini.

KLUANG – Keenakan durian kampung dari Kahang di sini te­rus menjadi buruan peminat raja buah itu kerana mempunyai rasa yang unik selain tidak muak dimakan walaupun dalam jumlah yang banyak.

Dengan isi kekuningan, tebal dan kering, durian itu mempu­nyai rasa kurang manis dan terselit rasa pahit di penghu­jungnya.

Penjual durian, Mohd. Sopi Ibrahim, 32, berkata, permintaan yang meningkat membuatkan dia dapat menjual 150 kilogram durian Kahang setiap hari.

“Bila orang dah rasa, pasti mereka akan mengulang dan membeli dalam jumlah banyak. Isi kuning dan tebal menjadikan orang tertarik.

“Durian Kahang dijual pada harga sama dengan durian kampung dari daerah lain di Johor iaitu antara RM15 hingga RM17 sekilogram,” katanya.

Menurut Mohd. Sopi, durian kampung mempunyai peminatnya tersendiri kerana tidak menggunakan racun serangga.

Tambahnya, permintaan biasanya melonjak pada hujung minggu dan cuti umum.

“Selain orang Kluang, pelanggan saya juga datang dari Johor Bahru dan Pontian. Kebanyakan mereka mengatakan durian Kampung Kahang lain daripada yang lain,” katanya yang membuka gerai pada setiap hari ketika musim durian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI