fbpx

Cuaca buruk landa utara negara sehingga 11 pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, susulan jangkaan hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang di tujuh negeri sehingga pukul 11 pagi ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran memaklumkan, cuaca buruk itu dijangka berlaku di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Johor, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Di Kedah melibatkan Bandar Baharu. Manakala di Pulau Pinang pula di Barat Daya, Timur Laut, Seberang perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

“Hujan lebat turut melanda Perak di kawasan Kerian serta di Selangor cuaca buruk dijangka melanda Kuala Selangor dan Klang,” lapor MetMalaysia.

Sementara itu, cuaca buruk dijangka melanda Sabah di Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort) dan Kudat. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI