fbpx

Buaya sambar, baham remaja memancing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor buaya menggonggong mayat seorang pelajar sekolah. - Viral Press

JAKARTA – Seekor buaya menggonggong mayat seorang pelajar sekolah, selepas menyambar mangsa yang sedang memancing di tebing sebatang sungai di Indonesia, lapor portal berita MailOnline semalam.

Muhammad Nur Akbar, 15, dan rakan-rakannya berada di Sungai Santan Ulu, wilayah  Kalimantan Timur pada Selasa lalu apabila dia menjadi mangsa serangan binatang buas itu.

Meskipun diberi peringatan oleh rakan-rakan supaya berhati-hati, Muhammad Nur masih mencelupkan kakinya ke dalam air sungai keruh dan  berwarna coklat.

Tanpa disangka, seekor buaya menunggu masa untuk menyambar mangsa. Buaya itu menerkam kaki Muhammad Nur menggunakan giginya yang tajam.

Pasukan penyelamat yang bergegas ke lokasi tidak lama kemudian terkejut melihat jenazah mangsa masih di celah rahang buaya.

Pihak berkuasa berkata, jenazah Muhammad Nur ditemui dan dibawa keluar pukul 1.50 malam (waktu tempatan). 

Keadaan mangsa amat tragis, dengan kecederaan serius pada bahagian paha dan kaki kanannya.

Pihak berkuasa tempatan mengeluarkan larangan untuk menangkap ikan di sungai tersebut sebagai langkah keselamatan bagi mengelak insiden maut berulang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI