fbpx

Sharon Paul, Rusdi Ramli cerai Januari tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Selepas lama mengunci mulut, rumah tangga komposer Sharon Paul dan pelakon Rusdi Ramli akhirnya bernoktah selepas mereka sah bercerai talak pada Januari tahun lalu. 

Mengesahkan hal tersebut, Sharon, 48, berkata, keputusan bercerai diambil selepas tidak menemui penyelesaian membabitkan kedua-dua belah pihak.

“Saya sudah bercerai sejak Januari tahun lalu dan uruskan semua proses perceraian itu sendiri serta melantik peguam dan selesaikan semuanya. Kalau tunggu dia, memang tidak akan selesai apa-apa.

“Tahun ini saya anggap sebagai tahun pemulihan. Kadang-kadang kita perlu jatuh dulu sebelum boleh bangkit semula. 

“Saya rasa bebas sekarang. Ada satu istilah mengenai perkara yang saya terpaksa hadap selama ini iaitu ‘cold violence’,” katanya.

Berkongsi tentang hak penjagaan dua anak lelaki hasil perkongsian hidup dengan Rusdi, Sharon berkata, mereka memilih untuk tinggal bersamanya. 

“Anak-anak pilih untuk tinggal bersama saya. Tak ada gunanya minta nafkah, hanya membazir duit untuk bayar peguam. 

“Mereka boleh saja tinggal dengan Rusdi, tapi mereka lebih selesa duduk dengan saya,” ujarnya.

Terdahulu, wujud khabar angin mendakwa rumah tangga Sharon dan Rusdi berantakan.

Mereka berkahwin pada 2008 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Reo Ridza, 16, dan Ryan Ridza, 13.

Sebelum itu, Rusdi pernah mendirikan rumah tangga dan memiliki cahaya mata lelaki, Efiezal Ridza, 34. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI