fbpx

Pelajar bukan Islam turut dapat manfaat wakaf tunai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Na'im (empat dari kanan) bersama penerima cek cura agihan Dana Wakaf Tunai Malaysia 2024.

PUTRAJAYA – Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) mendedahkan tiga pelajar bukan Islam turut mendapat manfaat biasiswa pendidikan menerusi agihan dana wakaf tunai.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Ridzwan Bakar berkata, pelajar berkenaan yang kini menyambung pelajaran di peringkat diploma menerima bantuan itu menerusi myWaqafPTPTN.

Beliau berkata, bantuan diberikan kepada pelajar itu sama seperti agihan biasiswa dimana segala kos pengajian ditanggung dana wakaf berkenaan.

“Inilah kebaikan dan kesyumulan Islam serta kebaikan yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W untuk dinikmati oleh semua orang.

“Ramai orang ingat wakaf tunai ini untuk orang Islam sahaja sebaliknya ia boleh dimanfaatkan orang bukan Islam juga,” katanya ketika ditemui pada majlis simbolik penyerahan cek cura agihan Dana Wakaf Tunai Malaysia 2024, di sini hari ini.

Selain itu, katanya, tahun lalu pihaknya turut menerima peruntukan wakaf tunai sebanyak RM1 juta disumbangkan oleh seorang individu bukan Islam.

“Kita terima wakaf tunai itu, sebab dari sudut hukum syaratnya, dia tak ada masalah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI