fbpx

OCBC Bank diiktiraf Bank Terbaik bagi Pembiayaan Hijau Antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tan Ai Chin (dua dari kiri) menunjukkan anugerah yang diterima bagi pihak OCBC Bank di Singapura baru-baru ini.

PETALING JAYA – OCBC Bank (Malaysia) Berhad (OCBC Bank) telah mendapat pengiktirafan sebagai Bank Terbaik bagi Pembiayaan Hijau Antarabangsa Malaysia pada majlis Anugerah Perbankan Borong Asian Banking & Finance 2025, yang diadakan di Singapura baru-baru ini.

OCBC Bank juga memenangi anugerah Urus Janji Hijau Terbaik dan Urus Janji Hutang Terbaik di Anugerah Perbankan Korporat & Pelaburan Asian Banking & Finance 2025. 

Dua anugerah ini telah mengiktiraf komitmen dan dedikasi berterusan OCBC Bank terhadap kelestarian dan pengawasan alam sekitar.

Pengarah Urusan, Pegawai Bank Kanan Liputan Ketua Perbankan Pelaburan, Tan Ai Chin berkata, pihaknya berbangga untuk menerima anugerah-anugerah tersebut  yang mengukuhkan komitmen bank yang tidak berbelah bagi untuk terus menggiatkan penggunaan terbaik ESG di rantau ini. 

Menurut beliau, bank telah memantapkan peranan sebagai penggerak utama dalam penggunaan pembiayaan ESG dalam kalangan syarikat tersenarai awam Malaysia, dengan menawarkan penyelesaian pembiayaan yang menyeluruh dan menambah nilai.

“Pengiktirafan ini juga mencerminkan kejayaan kami bekerjasama dengan rakan-rakan niaga yang telah memberi kepercayaan kepada kami untuk menyokong proses peralihan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini baru-baru ini.

Bagi Urus Janji Hijau Terbaik, OCBC Bank telah diiktiraf kerana mengatur Pembiayaan Islam Hijau GBP210 juta bagi anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), PNB Jersey Ltd, yang merupakan Kemudahan Pembiayaan Lestari Islam sulungnya. 

OCBC Bank bertindak sebagai pengatur utama bermandat yang merupakan penyelaras utama, ejen kemudahan, agen sekuriti dan penasihat penstrukturan kelestarian. 

Struktur pembiayaan menggabungkan prinsip patuh syariah dengan piawaian kelestarian diiktiraf global sebagai ciri “Dwihijau” yang sejajar dengan rangka kerja kelestarian PNB.

Pantai Holdings Sdn Bhd (anak syarikat IHH Healthcare Berhad) memenangi anugerah Urus Janji Hutang Terbaik bagi kejayaan pelancaran Program Sukuk bernilai RM15 bilion dengan penerbitan pertama berjumlah RM4 bilion. 

OCBC Al-Amin Bank Berhad bertindak sebagai Penasihat Prinsipal utama, Pengatur Utama, Penasihat Penstrukturan Kelestarian, Penasihat Syariah, Ejen Kemudahan dan Pengurus Utama bagi urus janji tersebut, yang merupakan penerbitan sukuk sulung bagi IHH Healthcare Berhad. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI