fbpx

MotoGP: Tech3 nafi bakal tinggalkan KTM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TECH3 masih memiliki kontrak bersama KTM sehingga 2026 dan bersedia untuk kekal bersama pengeluar itu. - AFP

LONDON – Ketua pasukan Tech3, Herve Poncharal menegaskan pasukannya tidak akan meninggalkan KTM, sekali gus menamatkan segala spekulasi bahawa mereka akan beralih kepada Honda bagi saingan MotoGP musim 2026.

Poncharal menjelaskan bahawa keutamaan utama Tech3 adalah untuk meneruskan kerjasama sedia ada dengan pengeluar Austria itu yang bermula sejak 2019 dan telah disambung secara rasmi menerusi kontrak lima tahun yang dimeterai pada 2022.

Keputusan tersebut secara tidak langsung menamatkan segala khabar angin sebelum ini yang menyebut Tech3 akan meninggalkan KTM dan menyertai Honda bermula musim depan.

“Kami ada kontrak lima tahun dengan KTM, dari 2022 hingga 2026. Maka, saya dengan tegas menafikan dakwaan bahawa pasukan Tech3 telah menandatangani apa-apa perjanjian dengan Honda bagi tahun 2026,” katanya.

Spekulasi mengenai perpindahan Tech3 tercetus susulan ketidaktentuan kewangan yang dihadapi KTM sepanjang musim 2024 dan keadaan semakin panas apabila nama Honda mula dikaitkan menjelang GP Aragon tahun ini.

Namun, Poncharal kekal dengan pendirian bahawa Tech3 komited sepenuhnya untuk terus bersama KTM sekurang-kurangnya sehingga tamat musim 2026.

“Saya telah berbincang panjang dengan Ketua Pegawai Eksekutif Dorna, Carmelo Ezpeleta ketika di Mugello. Kami bersetuju bahawa adalah lebih baik untuk tunggu dan lihat terlebih dahulu perancangan akhir KTM bagi tahun 2026 dan seterusnya.

“Jika KTM memberikan tawaran yang wajar, keutamaan kami adalah untuk terus kekal bersama mereka pada 2026. Itu juga merupakan pandangan Carmelo,” tambahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI