fbpx

Lelaki didakwa perdagang saudara sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh ketika dibawa ke mahkamah hari ini.

SEREMBAN – Seorang majikan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memperdagangkan saudaranya sendiri bagi tujuan eksploitasi kerja sindiket penipuan, bulan lalu.

Tertuduh, Jackson Choh Safri, 24, dari Sarawak bagaaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah memperdagangkan saudara lelakinya berusia 27 tahun untuk tujuan eksploitasi kerja dengan cara pemerdayaan.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 4 pagi di sebuah rumah di Youth City, Persiaran Pusat Bandar Nilai, Nilai pada 24 Jun lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Balkis Zunaidi manakala tertuduh diwakili Peguam Hafez Zalkapli.

Pihak pendakwaan menawarkan jaminan sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin bercagar beserta memohon tiga syarat tambahan.

Mahkamah kemudi mmembenarkan ikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan tidak dibenarkan mengganggu saksi, melapor diri di balai polis berdekatan kediaman serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula bagi serahan dokumen ditetapkan pada 14 Ogos depan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI