fbpx

Lagi kes ibu paksa anak jadi ‘katak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan beberapa orang awam menyuap makanan kepada kanak-kanak yang dipaksa bekerja sebagai maskot katak.

PETALING JAYA – Tular satu kes seorang kanak-kanak yang didakwa dipaksa bekerja sebagai maskot haiwan sehingga kelaparan di Pantai Remis, Kuala Selangor mencuri perhatian orang ramai.

Menerusi satu perkongsian oleh Kilaaaaaaa.n menunjukkan beberapa orang awam menyuap makanan kepada kanak-kanak tersebut selepas dia mengadu lapar ketika masih berpakaian kostum tersebut.

Katanya, maskot yang dipakai kanak-kanak itu dilengkapi kod QR dan kotak kutipan wang, menguatkan dakwaan bahawa dia bekerja dengan arahan orang dewasa.

“Ada budak dalam kostum itu nampak lapar sangat and dia memang minta makan dekat meja sebelah saya dan dia punya cara makan itu memang lapar sangat macam tak dibagi makan.

“Budak itu sedang ‘bekerja’ ya. Korang nampak tak dekat badan dia ada QR and kotak untuk duit. Kesian sangat,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Perkara yang lebih mengejutkan adalah setelah kanak-kanak tersebut diberi makan, ada seorang wanita datang dan menarik kanak-kanak itu dipercayai untuk membawanya kepada ibunya.

Namun, setibanya di lokasi dekat ibunya, dia dilihat mencubit kanak-kanak berkenaan dan memarahinya.

“Selepas itu, ada perempuan datang tarik budak tu bawa dekat mak budak itu. Kemudian abang saya lihat mak dia cubit weh budak itu macam marah pun ada itu.

“Abang saya tanya dekat mak dia kenapa akak buat macam dia selepas itu mak dia cakap ‘suka hati sayalah ini anak saya’,” ujarnya.

Rata-rata orang ramai di ruangan komen turut menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap individu yang bertanggung dan menyifatkan perbuatan itu sebagai satu bentuk eksploitasi terhadap kanak-kanak.

“Ini betul-betul eksploitasi kanak-kanak bawah umur. Sudahlah umur macam budak sekolah rendah sahaja. Jujur cakap ibu bapa yang macam ini patut kena soal sebab gunakan buruh kanak-kanak,” komen Littlegardener25.

“Kesiannya. Aku ini sudahla memang tak boleh tengok budak-budak kecik disuruh kerja. Mesti dia lapar tak makan langsung,” kata Straberyxv.

“Korang semua tolonglah jangan bagi duit dekat mereka ini sebab mereka dipaksa bekerja dan tidak patut bekerja,” ujar Shamilsyahrim. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI