fbpx

Putri Qisya nampak matang, emosi masih kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTRI Qisya ketika ditemui di rumah neneknya di Kampung Bohor Karang di Jerlun semalam. Foto oleh SHAHIR NOORDIN/ KOSMO!

ALOR SETAR – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah akan menyediakan bantuan kaunseling kepada Putri Qisya Nur Izzat Mohamad Azim, 12, anak sulung kepada pasangan suami isteri yang terkorban bersama empat anak dalam nahas di Sungai Korok, Jitra, Sabtu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat Perpaduan negeri, Datuk Halimaton Shaadiah Saad berkata, pihaknya mengarahkan JKM Kedah agar memantau kebajikan remaja tersebut secara berterusan, memandangkan Putri Qisya kini yatim piatu.

“Saya menziarahi Putri ini semalam pada ketika ini dia memang emosi (trauma) apabila saya pegangnya, dia menggigil. Putri ini walaupun kita tengok dia matang tetapi dari segi emosi dia masih kanak-kanak. Dia trauma juga.

“Justeru, saya telah meminta JKM Kedah untuk terus memantau keadaan dan kebajikan Putri Qisya, termasuk memberikan khidmat kaunseling dari semasa ke semasa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, JKM juga akan menjalankan siasatan bagi menentukan waris yang layak bagi mendapatkan hak penjagaan terhadap remaja tersebut.

“Kadang-kadang ada perebutan antara waris itu jadi kita akan tengok (siasat). Kita akan tengok dengan siapa dia akrab dan selesa. Penentuan hak penjagaan akan dibuat mengikut prosedur operasi standard (SOP) di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

“Siasatan terperinci perlu dilakukan bagi memastikan Putri Qisya ditempatkan di bawah jagaan individu atau keluarga yang benar-benar layak dan mampu menjaganya dengan baik,” ujarnya.

Beliau turut memaklumkan, pihaknya juga akan memberi peluang kepada remaja tersebut sekiranya dia ingin menetap di mana-mana asrama yang akan diuruskan oleh pejabat zakat negeri ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI