fbpx

Pesawat mendarat cemas di pulau terpencil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar menunjukkan pesawat Delta Airlines. - Getty Images

LISBON – Sebuah pesawat Delta Airlines terpaksa melakukan pendaratan cemas di sebuah pulau terpencil di luar pantai Portugal selepas mengalami masalah enjin, lapor akhbar New York Post. 

Penerbangan Delta 127 dalam perjalanan dari bandar Madrid, Sepanyol ke Lapangan Terbang Antarabangsa John. F Kennedy di negeri New York, Ahad lalu. 

Juruterbang terpaksa mendarat cemas di Lapangan Terbang Lajes, Pulau Terceira disebabkan isu tersebut. 

Pesawat jenis Airbus A330 itu membawa 282 penumpang dan 13 kru semasa kejadian. 

Syarikat penerbangan Delta Airlines berkata: “Memandangkan kami lebih mengutamakan keselamatan, anak kapal mengikut prosedur untuk melencongkan pesawat ke Azores akibat kerosakan enjin. 

“Pesawat itu mendarat dengan selamat. Kami memohon maaf kepada pelanggan atas pengalaman dan kelewatan dalam perjalanan,” tambahnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI