fbpx

Lelaki Pakistan liwat di Shah Alam, diberkas di Kuala Nerang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Kelicikan seorang lelaki warga Pakistan bersembunyi selepas melakukan empat jenayah cabul dan liwat sejak April lalu berakhir apabila dia ditangkap di Kuala Nerang, Kedah semalam.

Pemuda berusia 25 tahun yang juga penganggur diberkas di lokasi berkenaan dipercayai sebelum melarikan diri ke negara jiran.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, lelaki itu merupakan suspek utama dalam empat siri kejadian cabul dan liwat melibatkan kanak-kanak dan remaja lelaki berusia 9, 13, 14 dan 19 tahun.

Katanya, kesemua jenayah itu dilakukan oleh suspek sejak April lalu.

“Polis giat memburu suspek yang melarikan diri ke utara tanah air sebelum dia ditahan semalam. Polis turut menahan seorang lelaki, rakan senegaranya yang berperanan membantu suspek bersembunyi.

“Permohonan reman ke atas dua lelaki asing itu akan dibuat di Mahkamah Majistret di sini bagi membantu siasatan empat kes tersebut,” katanya hari ini.

Menurut brliau, kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI