fbpx

OPR turun kepada 2.75 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengurangkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus.

Kadar siling dan lantai koridor OPR turut dikurangkan, masing-masing kepada tiga peratus dan 2.5 peratus.

Menurut Pernyataan Dasar Monetari yang dikeluarkan BNM hari ini, walaupun ekonomi domestik berada pada kedudukan yang kukuh, ketidaktentuan yang menyelubungi perkembangan luar boleh menjejaskan prospek pertumbuhan Malaysia.

“Pengurangan OPR merupakan langkah awal yang bertujuan untuk memelihara laluan pertumbuhan Malaysia yang stabil, di tengah-tengah prospek inflasi yang sederhana.

“MPC akan terus berwaspada dengan perkembangan berterusan dan menilai imbangan risiko prospek pertumbuhan dalam negeri dan inflasi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI