fbpx

Nacho Mendez kini sah milik JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEKAS pemain Sporting Gijon, Nacho Mendez muncul pemain warisan baharu negara dan akan menyarung jersi JDT. - JOHOR Southern Tigers

PETALING JAYA – Teka-teki mengenai status sebenar Nacho Mendez akhirnya terlerai apabila sah menjadi pemain warisan baharu negara dan akan bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi harungi saingan 2025/26.

Pengumuman itu dibuat di laman Facebook rasmi kelab, JOHOR Southern Tigers sekali gus menutup segala andaian dan spekulasi mengenai pemain berusia 27 tahun itu.

“Nacho Mendes menjadikan Johor sebagai destinasi pertamanya selepas karier di Sepanyol.

“Pemain warisan Malaysia, Nacho Mendez menyertai Johor Darul Ta’zim FC,” jelas JDT dalam ciapan di Facebook.

Bagaimanapun tiada butiran lanjut tentang tempoh kontrak namun Kosmo! semalam melaporkan media Sepanyol, El Comercio bekas pemain Sporting Gijon itu mengikat perjanjian tiga tahun.

Perkhabaran ini akan memberikan nilai tambah kepada Harimau Malaya yang akan sertai Piala Negara-Negara Persatuan Bolasepak Asia Tengah (CAFA) 2025, hujung bulan depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI